KidneyRx™
Suplemen buah pinggang untuk kucing dan anjing. Masalah buah pinggang jarang nampak pada awalnya, selalunya hanya disedari apabila kucing lebih kerap minum, berat badan turun sedikit demi sedikit, atau tiba-tiba lesu dan tak mahu makan.

Kenali KidneyRx
KidneyRx dibuat untuk membantu menjaga fungsi buah pinggang dan saluran kencing, untuk kucing dan anjing yang buah pinggangnya sedang dipantau doktor haiwan, atau yang sudah berusia.
Kandungannya bertindak dalam tiga cara: membantu mengikat fosfat dan toksin sebelum membebankan buah pinggang, menjaga keseimbangan elektrolit, dan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel buah pinggang.
Sesuai untuk keadaan apa?“Doktor haiwan biasanya mengesyorkan KidneyRx sebagai sokongan apabila kucing atau anjing mengalami keadaan berikut:”
Masalah buah pinggang mengejut (akut)
- Kecederaan buah pinggang akut (AKI)akibat toksin (contohnya tertelan antibeku atau ubat tertentu), aliran darah ke buah pinggang berkurang (contohnya kerana renjatan atau dehidrasi), atau radang tisu buah pinggang
- Radang penapis buah pinggang (glomerulonefritis)berpunca daripada sistem imun, atau jangkitan bakteria dan virus
- Saluran kencing tersumbatcontohnya kerana batu karang atau uretra tersumbat
Masalah buah pinggang jangka panjang
- Penyakit buah pinggang kronikfungsi buah pinggang menurun, hingga kegagalan buah pinggang tahap akhir
- Glomerulonefritis kronikradang penapis buah pinggang yang berpanjangan
- Saluran kencing kerap tersumbatcontohnya kerana batu karang yang berulang
- Tekanan darah tinggi akibat penyakit buah pinggang
KandunganIsi setiap tablet.
Mengikat fosfat daripada makanan supaya parasnya dalam darah tidak naik. Penting untuk buah pinggang yang fungsinya mula menurun.
Membantu mengekalkan paras magnesium, kerana keseimbangan elektrolit mudah terganggu apabila buah pinggang bermasalah.
Menyokong pembakaran lemak dan penghasilan tenaga, sambil mengurangkan pengumpulan sisa metabolisme.
Mengikat toksin dalam saluran pencernaan sebelum masuk ke darah, jadi beban buah pinggang lebih ringan. Membantu menurunkan paras kreatinin.
Buah pinggang yang bermasalah sukar menukar vitamin D kepada bentuk aktifnya. Vitamin D membantu mengimbangi kalsium dan fosforus serta menjaga kesihatan tulang.
Membantu meredakan keradangan, baik untuk kesihatan buah pinggang.
Menyokong kesihatan saluran kencing dan fungsi buah pinggang.
Cara guna
1 tablet bagi setiap 10 kg berat badan, sekali sehari. Atau ikut nasihat doktor haiwan anda.
Tablet bersalut
2 tahun dari tarikh pengeluaran.
- Simpan pada suhu bilik (15–25°C).
- Letak di tempat kering, jauh daripada lembap.
- Elakkan cahaya matahari terus, simpan di tempat yang sejuk dan gelap.
Penting: KidneyRx ialah suplemen, bukan ubat, dan tidak menggantikan rawatan doktor haiwan. Jika kucing atau anjing anda sudah didiagnosis dengan masalah buah pinggang, berbincang dahulu dengan doktor haiwan.
Beli RX Sciences tulen. Kedai rasmi dan rakan serantau, semua di satu tempat.
kedai serantau di 5 pasaran